Wednesday 9 July 2014

Ingin menjadi penulis

Tamat sudah empat tahun aku menjadi anak kandung suluh budiman. Kepada yang tak pernah dengar apa kejadahnya anak kandung suluh budiman, itu adalah tempat aku menuntut ilmu sejak empat tahun yang lalu, Universiti Pertemuan Suami Isteri or Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak. Aku beritahu siap-siap kat mana universiti ni. Hakhakhak. 

Walaupon orang kata universiti ni tempat pertemuan suami isteri, aku antara manusia yang gagal bertemu suami di tempat ini. Disina, ada yang sengal, yang sengal tu aku yang lain tu ada yang skema, ada yang cun ada yang bangang. Well, dunia ni memang palat, tak kan semua benda nak cool nak hebat je kan. 

Kini, aku dirumah yang dibina asalnya untuk kedai kerepek. Mak aku penjual kerepek, macam-macam kerepek ada. Kau bilang aja mau yang mana. Ok, itu long time ago. Sekarang kedai kerepek sudah tukar menjadi kedai makan yang hanya beroperasi bukan dibulan Ramadan. Tahun ini, hanya beberapa kerepek sahaja yang masih dijual dibulan ramadan. Antaranya rempeyek kacang tanah dal dan hijau serta rempeyek bayam, kuih siput, dan kuih tiram. Mak bercadang untuk bersederhana pada ramadan kali ini. 

Sedang aku leka menggentel siput ke dalam talam, aku terasa lenguh dan letih lalu aku berbaring sambil menggentel siput ke dalam talam. 

"kalau bakal mak mertua nampak ni..." aku bersuara.
"mak mertua jauh" disambut mak. 
"jauh kat mana mak?" soalku
"ye entah" dibalas

Terdetik dihatiku, 

'eh eh mak ni, bakal suami aku nanti orang jauh ke?'

Lantaklah situ. Belum punya niat dihati aku untuk benar-benar bersuami. Kadang sengaja menggedik punya hasrat berkahwin dengan orang begitu begini, pelamin begitu begini tapi itu cuma angan-angan seorang gadis biasa seperti aku. 

Aku kini ingin mula menulis. Kisah hidup seorang aku dan mungkin juga kisah mereka yang aku kenali mahupun tidak. 

Tamat aku membaca buku terbitan Lejen bertajuk Heroin yang dikarang oleh Amal Hamsan.

Saturday 3 May 2014

Baju Kurung dan Pak Imam

*Penulis sedang duduk diatas kerusi dalam posisi yang paling power sambil dengar lagu 'am i wrong'

Peristiwa semalam,

Aku berbaju kurung lengkap bersama sahabat aku Aina ke sekolah lama aku berpraktikal nun di bandar Shah Alam. Lengkap bertudung dipadankan dengan corak dan warna baju yang meriah lagi ceria, menerangi malam-malam kamu yang suram. HA HA HA

Di Pudu,
Telah masuk waktu isyak bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan yang sama waktu dengannya. Setibanya waktu solat, menjadi kewajiban aku juga kamu yang beragama islam untuk berdating dengan Dia yang menjadikan aku juga kamu seorang insan. Kaki diatur melangkah menaiki escalator menuju dewan solat di tingkat atas.

'Beg tidak dibenarkan masuk' kata abang jaga beg diluar dewan solat.
'Adoi... Spoil betullah' bisik aku dalam hati dengan muka yang berkerut. Membawa beg galas seperti seorang pengembara menjadikan aku dan aina dua orang muslimah sempoi lagi bersahaja. Mari masuk meminang. Ok itu gurau!

Aku bawak beg galas yang biasa aku bawa ke kelas begitu juga aina tetapi beg aina lebih kelihatan seperti beg kembara.
*geng beg deuxter tu tapi royal polo

Malangnya beg kami perlu ditinggalkan bersendirian bersama orang asing yang bersetuju menjaga beg kami dengan bayaran seringgit dihujungnya.

Berat kaki aku meninggalkan beg bersama abang jaga. Aku gagahkan juga kaki meninggalkan mereka dan masuk ke dewan solat yang membuatkan aku lupa aku ada membawa beg sepanjang perjalanan kami. Dingin dan damai sungguh menenangkan.

Ambil wuduk dan bersedia untuk solat,

Tiada kain hanya telekung. Telekung punya kain tiada disitu. Omaigod...

Tiada masalah. Aku londehkan sikit kain baju kurung aku, pakai stoking dan aku mengejar imam.

"Imam mu tunggu aku datang"

BERJAYA!

Lepas ni nak jalan pakai baju kurung pon dah semat habis dah. Nak solat pon tak yah risau kalau tak ada telekung. Kelebihan lain berbaju kurung adalah ada gaya gadis Melayu terakhir. Well kata Hang Tuah "takkan Melayu hilang didunia". Eh?



#JomIstighfar #BajuKurung 

Tuesday 29 April 2014

Tolong pakcik Cina beruban

Assalamualaikum

Teringat aku akan kisah aku didalam monorel nak kemana ntah aku pon dah lupa. Nampak tak cerita dah berzaman..

Sedang aku bersama sahabat sejati dunia akhirat aku berdiri dalam monorel yang membawa kami. Duduk seorang lelaki tua yang umurnya aku kira melalui uban-uban yang tumbuh pada rambutnya lebih kurang 55 tahun atau mungkin lebih tua. Lelaki tua itu berbangsa cina. Aku sekali lagi berkira dia adalah seorang warganegara China bukan Malaysia. Dia bertanya dalam bahasa cina yang aku tidak pasti sama ada Hokkein atau pon Kantonis kepada gadis Melayu yang bergaya kasual, berkemeja, berselendang belit-belit, colour blocking sungguh pada pandangan aku.

Perbualan mereka aku rahsiakan kerana ini rahsia kerajaan. Hanya spy seperti aku je yang mampu memahami kod perbualan mereka. Cehhh....

Aku tidak akan mungkin menghebahkan perbualan mereka kerana aku memang tak paham langsung apa yang mereka cakap. Orang tua kata macam cempedak dengan itik. Eh?

Yang pasti lelaki cina tua beruban itu bertanya sesuatu tetapi tidak difahami juga oleh gadis Melayu bercolour blocking. Gadis itu merujuk rakannya yang konon-konon faham bahasa lelaki itu. Sekali lagi seperti alien bercakap dengan cicak. Jarak antara lelaki tua beruban dan rakan si gadis Melayu jauh seperti pluto dengan rumah aku. Ok melampau sangat perumpamaan aku tu yer.

Seingat aku lelaki cina beruban bercakap sesuatu dan rakan gadis Melayu menjawab 'semo?' seolah-olah meminta lelaki cina beruban mengulang soalannya dan lelaki cina mengulang lagi soalannya dan diperhatikan aku.

Aku tidak faham bahasa cina kecuali 'ni chao se ar' (ejaan tu pon aku tak tau, makna dia aku tak boleh dedahkan kerana ini bahasa makian) *roomate matrik aku yang ajar statement ni.

Perkataan seterusnya yang keluar dari mulut rakan gadis Melayu adalah 'aku tak paham weh'.

Nasib baik ada mamat cina muda tolong lelaki tua beruban menjawab soalan. Nasihat aku, kalau kau tak tahu, jangan buat-buat tahu. Kesian pakcik tu kena ulang soalan yang aku rasa kau sendiri tahu kau tak paham. Biarlah mereka yang tahu tolong. Kau boleh membantu sebab aku tahu kau memang manusia baik hati dengan meminta bangsa Cina lain yang berada dalam monorel membantu pakcik tua beruban tu. Melainkan kau memang pandai cakap Cina. Aku tabik..

sekarang tengah ada pesta buku.. tak dapat pergi.. uwarghhh

#JomIstighfar #fikir

Saturday 26 April 2014

Senior Oscar Rovers belanja secret resepipipipipiiiii

Assalamualaikum semua~~
(dengan gaya melambai acah-acah pelakon fofuler sekali dengan senyuman paling menawan aku ada)

Geng yang dapat makan sekret free hari ni, aku dan tiga serangkai aku (my bestie aina and betty), lina, poji dan hasif yang tak ingat-ingat nama aku. Phui... aku dendam kat kau hasif, punyalah femes nama aku boleh kau tak ingat. Fine! (lompat atas katil tutup muka dengan bantal sambil tepuk-tepuk tilam *tanda protes) 

Well, laki memang susah nak ingat nama orang or aku yang tak pernah perkenalkan diri kat dia.. Ptufffff.....Ok abaikan bab dendam aku tu, rugi je dendam kat orang. Bukan boleh kenyang. Bukan boleh ke syurga. Ha... nampak syurga? Kau ingat orang-orang yang nak masuk syurga tu boleh masuk free-free siap dengan dendam-dendam kat orang. Oh kamon... Meh kita lupakan hasrat dengki dan tak puas hati pada benda simple-simple. Sedia semua?

Nak pegi mana? haish... sedia untuk mengabaikan perasaan yang tak cool, perasaan hasad dengkii, ala... uolls tau sifat-sifat mazmumah tu... kan.. kan.. kan... Dah abaikan? Subahanallah... hebat!! ini baru bakal-bakal jenazah hebat!! 

Aku cuma nak ucapkan terima kasih pada fifi sebab belanja kitorang makan kek coklat indulgence tu. Semoga dikurniakan isteri yang solehah lagi mithali gituh, plus murah rezeki. Orang belanja jangan tolak, kita doakan yang baik-baik kat dia. Hehe! Terima kasih juga buat hasif dan poji yang hantarkan kami pulang ke KHAR. Doa yang sama aku tujukan buat korang. 

Sekian, #JomIstighfar #SabarItuCantik

Gambar sekitar aktiviti membelanja adik2.. ahakz..



dari kiri: fifi, hasif, poji, aku, betty, aina dan lina 
oscar rover tu nama kumpulan pengakap 
salam pengakap!! woho!!


Thursday 24 April 2014

MIMPI



Mimpi
kulihat wajahmu
tersenyum kepadaku
indah perasaan itu

Sayang
hanya mimpi
harapan menjadi realiti
belum mungkin lagi
Doa terus pada Ilahi

Tapi
aku percaya
andai takdir kita bersama
dipisah gunung dan laut
tetap kan bersama
jika bukan didunia
mungkin di syurga

Syurga
yakinkah aku mendaki syurga
andai amal aku tidak kukuh mana
jaga amalan agar tidak melangkah neraka
Allah....

senyum itu sedekah..
moh le senyum pasal duit tak banyak
#JomIstighfar

Tuesday 15 April 2014

Ja, Carikan aku jodoh

Assalamualaikum dan selamat menggunakan nikmat Allah dengan hebat!

Semalam punya cerita~~~

Sedang aku sibuk mengulangkaji pelajaran kerana disebelah petangnya saya punya ujian subjek solid state, saku dilayangkan dengan permintaan sahabat yang bernama Miss Z. Terpaksa aku rahsiakan namanya kerana aku mahu merahsiakannya. Ciri-ciri sahabat aku ini seorang yang sangat comel, kecil molek orangnya, berkulit sawo matang. Permintaanya berbunyi seperti tajuk diatas 

"Ja, carikan aku jodoh"

"Wow!! mek, aku pon belum ada jodoh, ko nak suruh aku carikan?" aku membalas. Tapi aku bukanlah orang yang cemburu bila punya sahabat yang ingin membina masjid. Perkara baik, apa salahnya kita tolong. Aku usahakan juga mencari untuknya. Teringat akan ceritanya yang tidak ngam dengan seorang lelaki, aku beranggapan mungkin mereka serasi. Hahaha. Mengarut jugak pemikiran ini apabila pertengkaran kecil dan usik mengusik boleh disatukan. Mesti kamu semua biasa mendengar, gaduh-gaduh kang kahwin. Logik yer kat situ. Banyak dah contoh. Allah itu Tuhan yang membolak-balikkan hati. Segalanya mungkin dengan kehendak DIA. 

Baik!
Aku akan ceritakan ciri-ciri lelaki ini pula. Nama : Mr.M, bekerja (engineer) ~ehemehem~ gatal pulak tekak ni ha, besar orangnya. Besar disini bukanlah gemuk, tinggi besar macam adik saya. Macamlah kamu semua kenal dengan adik aku. Biarkan disitu. Muka boleh tahan, ada rupa suami mithali (katanyalah). Suka mengusik dan mengenenkan Miss Z dengan orang lain. 

Berkenaan permintaan sahabat baik aku itu, aku cadangkan Mr.M. Ditolak oleh Miss Z kerana katanya dia mesti tak nak punyalah. Saya berpengang dengan belum cuba belum tahu. Dengan nekad yang berkobar-kobar mendapatkan pasangan buat sahabat, aku dengan tenang dan gembira mengkhabarkannya kepada Mr.M. Alhamdulillah......

Sabar......... 
Jangan nak sangka Mr.M bersetuju yer. Saya beranggapan Mr.M belum bersedia untuk berkahwin dengan kata-katanya yang berbunyi 
 "alah kalau dah jodoh tak denya kemana"
"yang penting prepare dulu diri sendiri, cukupkan mana yang kurang"
"eceh baget gila Mr.M"
"aku punya planning jauh lagi, buat masa ni nak pulun duduk kat laut dulu, hehe"

Benar. Aku setuju dengan "kalau dah jodoh tak kemana". Betul sekali tapi harus diingat, jodoh harus dicari bukan menunggu ia jatuh golek-golek ke kaki kita. Usahakan. Hanya Allah yang akan menentukan sama ada jadi atau tidak. Penggunaan orang ketiga dalam sesi confess mengonfess ini amat digalakkan.
Kelebihan-kelebihan sesi mengonfess mengunakan orang tengah ialah

- sekiranya pihak dikonfess tidak bersetuju, dia boleh menyuarakannya dengan tenang 
- pihak yang dikonfess boleh menyuarakan pendapat dengan harapan disampaikan dengan bunyi yg lebih      baik oleh kerana yang jadi orang tengah adalah sahabat sendiri atau orang rapat 
- sekiranya pihak dikonfess bersetuju, boleh dilanjutkan ke tahap seterusnya dengan pantauan (org tgh)

Sebagai orang tengah
- berlaku jujurlah dengan sahabatmu
- jangan kamu pulak yang masuk line (kalau dah jodoh... apa boleh buat)

Itulah ceritanya, Mr.M mungkin beranggapan yang Miss Z tidak tahu, hakikatnya..... sorry bro! Moga kamu berdua bertemu jodoh yang baik dan soleh lagi mithali gituh.... Siapa yang tak nak jodoh baik, soleh, solehah lagi mitahli? Tak nak sudah... Iolls tak susah pon. 

Uolls tak nak, iolls nak.. Jom bersama ke syurga. Bak kata Hilal Asyraf, cinta itu segalanya yang membawa ke syurga. Mana mungkin kita membawa si dia ke syurga berbekalkan aktiviti-aktiviti miang dan nakal sebelum berkahwin. Fikirkan.. Sayang dan cinta itu mahu ke syurga. Kalau dah rasa tak boleh tahan miang dan nakal tu, puasa, tak boleh jugak? kahwin je la... 

gambar diambil dari atok google

Sampai ketemu lagi..
#JomIstigfrar


Monday 14 April 2014

Kenali aku, kakak besar belog nih

Assalamualaikum dan hello there...

Disini disertakan biodata aku kot-kot kalau ada orang yang berkenan and nak datang minang.. hahhaa Kenali aku melalui biodata aku.. Aku ada blog lain tapi masalahnya blog tu tak keluar kat dashboard aku. Jadi tanpa berfikir panjang mencari dimana blog aku tu menyorok, aku lebih gemar utk membuat blog baru.  lagipun, blog yang hilang dari dashboard itu sudah lama tidak berhupdate. Wallah... Selamat datang ke blog baru iolls..

flawless sangat yer disitu,, kamera iolls yang sangat sayangkan tuan,, so tuannya sentiasa nampak flawless.. wink wink wink 

Nama   : Siti Norhafiza Hafinas binti Mohd Zanudin
Alamat   : Batu 4 1/2, Kampung Panchang Bedena, 45300 Sg Besar, Selangor
ID line  : hafizahafinas (iolls suka sticker line sangat comel macam mak jemah)
Alamat facebook : hafizahafinas (carilahkalaujumpa) (letmeknowwhereufindmyfb) *acahhotsetuff #bencheni
Family background : anak no 2. Atas ada abang (arwah) bawah ada adik 3 orang.. adik mengikut susunan (laki, laki, pompuan = saiful, firas, farisha) Firas, adik susuan.
Nama ayah  : Mohd Zanudin bin Tumijan
Nama ibu  : Siti Rohani binti Kosman
Status hari ini (14 April 2014) : Single and searching (kihkihkih)
Kegemaran
* warna : kuning
* makanan : banyak sangat

Sudah cukup, cukup sudah....
Cukup sampai disini saja...
kalau ada apa2 soalan,
boleh terus contact aku di ID line yang aku dah sertakan diatas.. Wallah...

#JumpaLagiNanti
#JomIstighfar