Wednesday 9 July 2014

Ingin menjadi penulis

Tamat sudah empat tahun aku menjadi anak kandung suluh budiman. Kepada yang tak pernah dengar apa kejadahnya anak kandung suluh budiman, itu adalah tempat aku menuntut ilmu sejak empat tahun yang lalu, Universiti Pertemuan Suami Isteri or Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak. Aku beritahu siap-siap kat mana universiti ni. Hakhakhak. 

Walaupon orang kata universiti ni tempat pertemuan suami isteri, aku antara manusia yang gagal bertemu suami di tempat ini. Disina, ada yang sengal, yang sengal tu aku yang lain tu ada yang skema, ada yang cun ada yang bangang. Well, dunia ni memang palat, tak kan semua benda nak cool nak hebat je kan. 

Kini, aku dirumah yang dibina asalnya untuk kedai kerepek. Mak aku penjual kerepek, macam-macam kerepek ada. Kau bilang aja mau yang mana. Ok, itu long time ago. Sekarang kedai kerepek sudah tukar menjadi kedai makan yang hanya beroperasi bukan dibulan Ramadan. Tahun ini, hanya beberapa kerepek sahaja yang masih dijual dibulan ramadan. Antaranya rempeyek kacang tanah dal dan hijau serta rempeyek bayam, kuih siput, dan kuih tiram. Mak bercadang untuk bersederhana pada ramadan kali ini. 

Sedang aku leka menggentel siput ke dalam talam, aku terasa lenguh dan letih lalu aku berbaring sambil menggentel siput ke dalam talam. 

"kalau bakal mak mertua nampak ni..." aku bersuara.
"mak mertua jauh" disambut mak. 
"jauh kat mana mak?" soalku
"ye entah" dibalas

Terdetik dihatiku, 

'eh eh mak ni, bakal suami aku nanti orang jauh ke?'

Lantaklah situ. Belum punya niat dihati aku untuk benar-benar bersuami. Kadang sengaja menggedik punya hasrat berkahwin dengan orang begitu begini, pelamin begitu begini tapi itu cuma angan-angan seorang gadis biasa seperti aku. 

Aku kini ingin mula menulis. Kisah hidup seorang aku dan mungkin juga kisah mereka yang aku kenali mahupun tidak. 

Tamat aku membaca buku terbitan Lejen bertajuk Heroin yang dikarang oleh Amal Hamsan.

No comments:

Post a Comment