Tuesday 29 April 2014

Tolong pakcik Cina beruban

Assalamualaikum

Teringat aku akan kisah aku didalam monorel nak kemana ntah aku pon dah lupa. Nampak tak cerita dah berzaman..

Sedang aku bersama sahabat sejati dunia akhirat aku berdiri dalam monorel yang membawa kami. Duduk seorang lelaki tua yang umurnya aku kira melalui uban-uban yang tumbuh pada rambutnya lebih kurang 55 tahun atau mungkin lebih tua. Lelaki tua itu berbangsa cina. Aku sekali lagi berkira dia adalah seorang warganegara China bukan Malaysia. Dia bertanya dalam bahasa cina yang aku tidak pasti sama ada Hokkein atau pon Kantonis kepada gadis Melayu yang bergaya kasual, berkemeja, berselendang belit-belit, colour blocking sungguh pada pandangan aku.

Perbualan mereka aku rahsiakan kerana ini rahsia kerajaan. Hanya spy seperti aku je yang mampu memahami kod perbualan mereka. Cehhh....

Aku tidak akan mungkin menghebahkan perbualan mereka kerana aku memang tak paham langsung apa yang mereka cakap. Orang tua kata macam cempedak dengan itik. Eh?

Yang pasti lelaki cina tua beruban itu bertanya sesuatu tetapi tidak difahami juga oleh gadis Melayu bercolour blocking. Gadis itu merujuk rakannya yang konon-konon faham bahasa lelaki itu. Sekali lagi seperti alien bercakap dengan cicak. Jarak antara lelaki tua beruban dan rakan si gadis Melayu jauh seperti pluto dengan rumah aku. Ok melampau sangat perumpamaan aku tu yer.

Seingat aku lelaki cina beruban bercakap sesuatu dan rakan gadis Melayu menjawab 'semo?' seolah-olah meminta lelaki cina beruban mengulang soalannya dan lelaki cina mengulang lagi soalannya dan diperhatikan aku.

Aku tidak faham bahasa cina kecuali 'ni chao se ar' (ejaan tu pon aku tak tau, makna dia aku tak boleh dedahkan kerana ini bahasa makian) *roomate matrik aku yang ajar statement ni.

Perkataan seterusnya yang keluar dari mulut rakan gadis Melayu adalah 'aku tak paham weh'.

Nasib baik ada mamat cina muda tolong lelaki tua beruban menjawab soalan. Nasihat aku, kalau kau tak tahu, jangan buat-buat tahu. Kesian pakcik tu kena ulang soalan yang aku rasa kau sendiri tahu kau tak paham. Biarlah mereka yang tahu tolong. Kau boleh membantu sebab aku tahu kau memang manusia baik hati dengan meminta bangsa Cina lain yang berada dalam monorel membantu pakcik tua beruban tu. Melainkan kau memang pandai cakap Cina. Aku tabik..

sekarang tengah ada pesta buku.. tak dapat pergi.. uwarghhh

#JomIstighfar #fikir

No comments:

Post a Comment