Tuesday 15 April 2014

Ja, Carikan aku jodoh

Assalamualaikum dan selamat menggunakan nikmat Allah dengan hebat!

Semalam punya cerita~~~

Sedang aku sibuk mengulangkaji pelajaran kerana disebelah petangnya saya punya ujian subjek solid state, saku dilayangkan dengan permintaan sahabat yang bernama Miss Z. Terpaksa aku rahsiakan namanya kerana aku mahu merahsiakannya. Ciri-ciri sahabat aku ini seorang yang sangat comel, kecil molek orangnya, berkulit sawo matang. Permintaanya berbunyi seperti tajuk diatas 

"Ja, carikan aku jodoh"

"Wow!! mek, aku pon belum ada jodoh, ko nak suruh aku carikan?" aku membalas. Tapi aku bukanlah orang yang cemburu bila punya sahabat yang ingin membina masjid. Perkara baik, apa salahnya kita tolong. Aku usahakan juga mencari untuknya. Teringat akan ceritanya yang tidak ngam dengan seorang lelaki, aku beranggapan mungkin mereka serasi. Hahaha. Mengarut jugak pemikiran ini apabila pertengkaran kecil dan usik mengusik boleh disatukan. Mesti kamu semua biasa mendengar, gaduh-gaduh kang kahwin. Logik yer kat situ. Banyak dah contoh. Allah itu Tuhan yang membolak-balikkan hati. Segalanya mungkin dengan kehendak DIA. 

Baik!
Aku akan ceritakan ciri-ciri lelaki ini pula. Nama : Mr.M, bekerja (engineer) ~ehemehem~ gatal pulak tekak ni ha, besar orangnya. Besar disini bukanlah gemuk, tinggi besar macam adik saya. Macamlah kamu semua kenal dengan adik aku. Biarkan disitu. Muka boleh tahan, ada rupa suami mithali (katanyalah). Suka mengusik dan mengenenkan Miss Z dengan orang lain. 

Berkenaan permintaan sahabat baik aku itu, aku cadangkan Mr.M. Ditolak oleh Miss Z kerana katanya dia mesti tak nak punyalah. Saya berpengang dengan belum cuba belum tahu. Dengan nekad yang berkobar-kobar mendapatkan pasangan buat sahabat, aku dengan tenang dan gembira mengkhabarkannya kepada Mr.M. Alhamdulillah......

Sabar......... 
Jangan nak sangka Mr.M bersetuju yer. Saya beranggapan Mr.M belum bersedia untuk berkahwin dengan kata-katanya yang berbunyi 
 "alah kalau dah jodoh tak denya kemana"
"yang penting prepare dulu diri sendiri, cukupkan mana yang kurang"
"eceh baget gila Mr.M"
"aku punya planning jauh lagi, buat masa ni nak pulun duduk kat laut dulu, hehe"

Benar. Aku setuju dengan "kalau dah jodoh tak kemana". Betul sekali tapi harus diingat, jodoh harus dicari bukan menunggu ia jatuh golek-golek ke kaki kita. Usahakan. Hanya Allah yang akan menentukan sama ada jadi atau tidak. Penggunaan orang ketiga dalam sesi confess mengonfess ini amat digalakkan.
Kelebihan-kelebihan sesi mengonfess mengunakan orang tengah ialah

- sekiranya pihak dikonfess tidak bersetuju, dia boleh menyuarakannya dengan tenang 
- pihak yang dikonfess boleh menyuarakan pendapat dengan harapan disampaikan dengan bunyi yg lebih      baik oleh kerana yang jadi orang tengah adalah sahabat sendiri atau orang rapat 
- sekiranya pihak dikonfess bersetuju, boleh dilanjutkan ke tahap seterusnya dengan pantauan (org tgh)

Sebagai orang tengah
- berlaku jujurlah dengan sahabatmu
- jangan kamu pulak yang masuk line (kalau dah jodoh... apa boleh buat)

Itulah ceritanya, Mr.M mungkin beranggapan yang Miss Z tidak tahu, hakikatnya..... sorry bro! Moga kamu berdua bertemu jodoh yang baik dan soleh lagi mithali gituh.... Siapa yang tak nak jodoh baik, soleh, solehah lagi mitahli? Tak nak sudah... Iolls tak susah pon. 

Uolls tak nak, iolls nak.. Jom bersama ke syurga. Bak kata Hilal Asyraf, cinta itu segalanya yang membawa ke syurga. Mana mungkin kita membawa si dia ke syurga berbekalkan aktiviti-aktiviti miang dan nakal sebelum berkahwin. Fikirkan.. Sayang dan cinta itu mahu ke syurga. Kalau dah rasa tak boleh tahan miang dan nakal tu, puasa, tak boleh jugak? kahwin je la... 

gambar diambil dari atok google

Sampai ketemu lagi..
#JomIstigfrar


No comments:

Post a Comment